INFO HALAL

LOGO HALAL MALAYSIA

Logo halal Malaysia yang diiktiraf adalah logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



 LOGO LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF

Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.

Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut.



LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN



HUBUNGI JAKIM


TALIAN BEBAS TOL : 1800 2222 44

URL : http://www.halaljakim.gov.my

e-mail : halalsms@islam.gov.my


SEMAK STATUS HALAL MELALUI SMS



HALAL< >SEMAK< > NO PENDAFTARAN SYARIKAT

HANTAR KE 15888 

 

APPLIKASI HALAL UNTUK PENGGUNA I PHONE


 

  • Pengguna boleh mencari premis makanan dan restoran halal yang disahkan oleh JAKIM dalam lingkungan 15 km dari lokasi semasa 

  • Aplikasi  ini juga dilengkapi dengan  sistem pemantauan prestasi di mana pengguna dapat menilai kebersihan premis makanan atau restoran 
  • pengguna akan mendapat akses mudah alih pada direktori halal dan berita industri halal 

  • Tiada kos akan dikenakan untuk memuat turun ini kecuali caj oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP).

 

No comments:

Post a Comment