ALIFF FRESH MART telah ditubuhkan secara rasmi pada 22 Februari 2011 oleh pemilik yang bernama
Noorhaslina binti Ramli yang berasal dari Negeri Sembilan. Berbekalkan minat
meniaga, gadis kelulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan dari UiTM ini telah nekad untuk berhenti kerja
dan menjalankan perniagaan borong barangan sejuk beku dan runcit.
Pemilik telah memilih kawasan Pelangi Semenyih sabagai
lokasi perniagaan memandangkan kawasan yang baru dibuka dan terdapat banyak
perumahan yang bakal di binaserta terdapat banyak premis makanan di sekitar
premis. Oleh yang demikian, target sasaran Aliff Fresh Mart adalah peniaga kedai
makanan, peniaga pasar malam, peniaga burger,peniaga sarapan pagi dan suri
rumah tangga.
Aliff Fresh Mart menawarkan pelbagai barangan keperluan
peniaga dan suri rumah. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Aliff
Fresh Mart sentiasa memastikan harga yang di tawarkan adalah harga yang terbaik
memandangkan lokasi yang terletak di belakang Tesco.
Aliff Fresh Mart juga menawarkan khidmat penghantaran
bercas. Cas yang dikenakan adalah berpatutan. Khidmat penghantaran ini sangat
mendapat sambutan kerana memudahkan pengguna. Mereka juga boleh memesan barang
dengan khidmat pesanan ringkas sahaja.
No comments:
Post a Comment